Announce!!!

REGISTER SENDIRI!!

Sunday, October 31, 2010

ISU PENDIDIKAN...


Persepsi Pelajar PIPAQ Terhadap Kaedah Pengajaran Berbantukan Komputer Dalam Kalangan Guru Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran



1)  Adakah anda bersetuju subjek Pendidikan Islam diajar melalui penggunaan teknologi atau masih perlu mengekalkan kaedah lama?

Saya bersetuju subjek Pendidikan Islam diajar melalui penggunaan teknologi seperti komputer. Komputer merupakan alat teknologi yang boleh diintegrasikan dalam P&P. Ia berperanan sebagai ‘pemudahcara’ untuk mengukuhkan dan mengembangkan kemahiran pelajar. Namun begitu, penggunaan kaedah lama seperti penggunaan ‘objek hidup’ sebagai alat untuk merangsang minda pelajar tidak wajar dipinggirkan dalam P&P.

2)  Sejauhmana penggunaan komputer dapat membantu guru PIPAQ dalam P&P?

Guru PIPAQ wajar menggunakan komputer sebagai suatu pendekatan untuk menarik minat pelajar mempelajari Pendidikan Islam. Video dan grafik yang ditayangkan menerusi komputer mampu meningkatkan kefahaman pelajar seterusnya menjadikan pembelajaran lebih bermakna.

Penggunaan komputer juga menjimatkan masa berbanding alat bantu mengajar tradisional yang mengambil masa untuk disediakan. Justeru, komputer dilihat mampu menjadi medium terbaik untuk menyampaikan pengajaran dengan lebih efektif. Namun begitu, guru perlu merancang secara sistematik supaya penggunaan teknologi benar-benar memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Islam.

3)  Sejauhmana kesan penggunaan komputer dalam P&P kepada para pelajar khususnya dalam subjek Pendidikan Islam?

Penggunaan komputer memberikan kesan yang positif terhadap pembelajaran pelajar. Pelajar dapat memahami dan menanggapi ilmu dengan lebih mudah kerana diberikan contoh-contoh dan gambaran yang jelas menerusi komputer. Selain itu, pelajar dapat didedahkan dengan aplikasi-aplikasi dalam komputer.

Selain itu, penggunaan enjin carian di internet untuk mendapatkan maklumat brkaitan tajuk yang dipelajari merupakan pendekatan yang mampu merangsang keyakinan kendiri pelajar di samping mempelbagaikan maklumat merentasi linkungan bilik darjah. Justeru, proses pembelajaran akan menjadi lebih seronok dan berkesan.


4)  Adakah penggunaan komputer mampu menjana intelek pelajar muslim dalam persaingan ilmu pada hari ini?

Paradigma pelajar muslim hari ini perlu diubah. Mereka perlu menerima teknologi sebagai suatu yang positif. Teknologi semakin berkembang pesat dan memberi pengaruh yang besar terhadap pendidikan. Oleh yang demikian, penggunaan komputer menjadi suatu keperluan kepada pelajar muslim kerana ianya mampu meningkatkan mutu pembelajaran.

Walau bagaimanapun, penggunaan teknologi tetap mempunyai hadnya. Dalam konteks pembelajaran Pendidikan Islam, teknologi tidak mampu untuk membuktikan kewujudan perkara-perkara mengenai alam ghaib. Justeru, tidak dapat tidak guru perlu menggunakan sumber Al-Quran sebagai dalil untuk memberi kefahaman kepada pelajar.

5)  Apakah saranan anda untuk memantapkan kaedah pengajaran berbantukan komputer dalam kalangan guru khususnya bagi subjek Pendidikan Islam.

Guru perlu bersedia untuk melakukan perubahan dengan menjadikan komputer sebagai alat untuk menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran. Pengintegrasian ICT dalam pembelajaran merupakan proses berterusan yang memerlukan komitmen yang tinggi.

Kursus dan bengkel merupakan salah satu cara untuk menanamkan minat dalam kalangan guru Pendidikan Islam dan mendedahkan mereka tentang kaedah sebenar pengajaran berbantukan komputer. Guru perlu menguasai kemahiran komputer supaya proses pembelajaran berbantukan komputer berjalan lancar.

Guru juga perlu lebih aktif dan kreatif untuk mempelbagaikan penggunaan komputer. Mereka boleh mengintegrasikan elemen multimedia seperti grafik, audio, video dan animasi untuk dipersembahkan dalam pengajaran mereka.

Persepsi di atas ini adalah drpd seorg pemimpin pelajar PIPAQ thn 4... so klo rse bley gne ambik utk pngetahuan ambik je..kre halal la adik-bradik...
Amannnn!!!

Kasi komen banyak2 skit yerkk...!!!

3 comments:

amad said...

BLOG DAH OK...CUMA BACKGROUND NMPK X SESUAI...BLH BAIKI LG KLEMAHN NI...TINGKATKN USAHA ANDA NAJMI...

amad said...

satu lagi cadangan, utk galakkan pgunaan komputer dalam proses p&p...bekalkan satu lap top or note book bg setiap cikgu...mgkn itu jg membantu meningkatkn minat guru menggunakan komputer dlm proses p&p...

Najmi Ahmad said...

hmmm...pape pn perantauperak ucapkn masehh pd anda amad...
tpkn bkan ke krajaan da sdiakn 1 lptop utk guru2 pd mse kni...???yg tertera pdnya "HAK MILIK KERAJAAN" tu....adakah anda perasaan itu...???agk skema jgk perantauperak rse dsni...hahaha...haadooii..