Announce!!!

REGISTER SENDIRI!!

Wednesday, September 1, 2010

Teknologi + Pendidikan Islam..apakah perkaitannya..??

Salam Ramadhan..
Pendidikan masa kini berkembang seiring dengan kepesatan sains dan teknologi.Namun telah menjadi pertanyaan di sini,mampukah teknologi komputer membantu mengembangkan pembelajaran khususnya dalam Pendidikan Islam untuk menjadi lebih menarik,mudah difahami,mempunyai unsur-unsur kreativiti teknologi dan berkesan kepada para pelajar.

 
Sila komen dengan menggunakan bahasa formal dengan sertakan nama dan no. matrik anda. 


Kasi komen banyak2 skit yerkk...!!!

10 comments:

salam ukhuwah said...

Assalamualaikum...

Saya sangat bersetuju sekiranya dikatakan teknologi memainkan peranan yang penting kepada guru bagi proses P&P.Bagi saya, saranan-saranan yang dibagi itu sangat wajar diaplikasukan oleh guru-guru termasuk guru PIBA&PIPAQ dalam pengajaran mereka.Hal ini kerana teknologi dapat memudahkan tugas guru dan pelajar-pelajar dalam memahami tentang sesuatu topik yang dibincangkan.Tapi saya juga berasa perkara ini juga menyumbang kepada keburukkan apabila pelajar-pelajar terlebih celik IT. Hal ini berkemungkinan akan menyumbang kepada gelaja-gejala sosial IT. namun perkara ini dapat ditangani sekiranya semua pihak memainkan peranan yang penting dalam menyedarkan pelajar tentang kelebihan dan keburukkan teknologi agar tidak disalahgunakan.

SITI SAADAH MOHAMED (A129673)

WAALLAHU'ALAM.

....iDa WaiDa.... said...

Salam...
Tumpang lalu...
Sebenarnye sape yang patut bagi saranan ni??
Kite sendiri yg bg saranan kpd masalah kite atau orang lain yg bagi saranan kepada isu kite??
Musykil...

Selamat hari raye..peace!!!

Ainaa'ul Mardhiyah said...

yg sepatutnya bg saranan adalah kawan2 kita..kwn2 dlm kelas tutor yg sama dgn kita je... ^_^

MOHD KHAIRI AHMAD said...

aku sangat setuju jika teknologi diterapkan dalam pembelajaran pendidikan islam kerana pada pendapat aku, selain pembelajaran tiori sahaja melalui kitab2 ulama dahulu kita boleh mempermudahkan lagi pemahaman sesuatu pembelajaran kepada pelajar seperti tayangan video, pawor poin, dan banyak lagi...

MOHD KHAIRI BIN AHMAD
A129724

Najmi Ahmad said...

post sudah dieditkan..kpd shabat2 tlg bg saranan skit..masehhh..

AiNn FarHaNa said...

Assalamualaikum...
Pada pendapat saya adakah teknologi komputer membantu proses pembelajaran adalah tidak boleh disangkal lagi walaupun dalam Pendidikan Islam.Sebagaimana yang kita ketahui,banyak penyelidikan-penyelidikan dan juga soal selidik yang telah dijalankan kepada pelajar jelas membuktikan bahawa penggunaan teknologi sebenarnya membantu mereka untuk lebih memahami pembelajaran didalam bilik darjah disamping menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan.

AINN FARHANA BINTI SAMAH
A 131058

ateh @ apiz said...

Assalamualaikum……
Pada pendapat saya, penggunaan teknologi dapat mengembangkan lagi pembelajaran khususnya di dalam matapelajaran pendidikan islam kerana :
1) Terdapat banyak bahan bantu mengajar yang boleh digunakan di dalam pengajaran dengan bantuan teknologi.
2) Dengan adanya teknologi ini, contoh-contoh isi pengajaran akan dapat ditunjukkan dengan lebih jelas.
3) Sesi P&P yang dijalankan akan lebih menarik.
4) Dengan bantuan teknologi juga dapat memudahkan guru untuk melakukan P&P.
5) Mengembangkan lagi kemahiran guru di dalam bidang teknologi.
Sekian….

Mohd Hafiz Bin Husin (A124287)

P/S : sila follow blog saya dan berikan komen anda di sana. (www.atehapiz.blogspot.com)

Akmal Amali said...

Salam anak Perak,
Pada pendapat saya, teknologi komputer boleh membantu pembelajaran. Ia mempunyai beberapa kelebihan, iaitu :

1.Menjimatkan masa guru membuat bahan pengajaran

2.Memudahkan kerja guru

3.Pelajar akan lebih tertarik dengan P&P

4.Tidak membosankan

5.Sesuai dengan zaman teknologi sekarang ini

Terima kasih

Mohamad Akmal Amali b Jamaluddin
A126874

Mohd Suhaimi Mustafa said...

salam najmi..
bertuah sungguh dak ni..perkataan itu, kerap kali aku dengar dari mulut2 orang tua..jadi, sungguh tepat mknanya terhdap isu y kmu utarakan ini. kenapa? kerana tersebar luas ICT dan dengan kecanggihannya shingga plajar2 dpt mncari byk mklumat baru..bertuah kan?
dengan mggunakan alat ini, kita sbgai gru bipa. dpt mnggunkan bermcam fungsi yg ada.spt po.poit, gambr2 yg real dan video2 y berkaitan dgn tajuk blh kita applykn dalm pross P&P dan dalm prses merka u mngenal ICT dan sbgainya. bertuah betul pelajr?

mohd suhaimi mustafa
a129676

SAFIUDDIN SHUHAIMI said...

memang benar mengikut pandangan saya, dengan adanya penggunaan komputer dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan islam khusus akan menarik lebih minat para pelajar untuk mengikutinya. Sebagaimana kita maklum sekiranya sesebuah pembelajaran itu disertai dengan perasaan minat,suka dan menarik nascaya sekali kognitif pelajar lebih berkembang, hal ini secara langsung akan meningkatkan kualiti penguasaan pelajar dalam Pendidikan Islam.Saranan saya di sini, bagi meningkatkan lagi keberkesannya:
1- para ustaz ustazah haruslah sentiasa meningkatkan keupayaan penggunaan dan pengendalian komputer
2- Para ustaz dan ustazah seharusnya mepelbagaikan penglibatan dalam penggunaan komputer dalam pengajaranya seperti menggunakan vedio.
3-menggunakan kaedah penyampaian pengajaran secara maya seperti yahoo group.
4-menggunakan sumber-sumber terbaru yang didapati secara online dan kaitkan dengan masalah semasa
5- ustaz dan ustazah seharusnya menunjukkan contoh teladan dengan kemahiran komputer bukan semata-mata jumud dengan kaedah lama, ini kerana dengannya pelajar lebih berkeyakinan untuk menerima pandangan dan teguran para ustaz dan ustazah yang berkebolehan dan berilmu.